Kabinet Bayangan Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kabinet Bayangan Malaysia
Remove ads

Kabinet Bayangan Malaysia adalah satu ciri umum dalam demokrasi parlimen matang. Ia wujud kerana, dalam teori, kerajaan dapat dengan mudah runtuh dengan kehilangan keyakinan Parlimen. Oleh itu, jika mana-mana kerajaan baharu akan dilantik dengan serta-merta tanpa pemilihan baharu, ia hanya bertanggungjawab dan munasabah bagi mana-mana pihak yang ingin menggantikan kerajaan sedia ada untuk menyediakan barisannya.

Kabinet Bayangan Malaysia yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 2018 selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum buat pertama kalinya.

Remove ads

Perikatan Nasional 2023-kini

Perikatan Nasional telah mewujudkan sistem Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat ke-15 Perikatan Nasional bagi membayangi menteri-menteri Kerajaan Perpaduan mengikut portfolio-portfolio yang ada pada 2 Februari 2023.[1][2][3] Walau bagaimanapun, Setiausaha Agong PN yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Hamzah Zainudin menafikan ia merupakan Kabinet Bayangan.[4][5] Jawatankuasa atau kabinet bayangan ini dikritik kerana kekurangan keterangkuman kerana senarai itu didominasi oleh satu kaum.[6] Bagaimanapun, pada 8 Februari 2024, Hamzah mengumumkan rombakan jawatankuasa dan menambah beberapa portfolio, termasuk ekonomi, digital, peralihan tenaga dan transformasi air, pendidikan tinggi dan wilayah persekutuan. [7][8]

Maklumat lanjut Portfolio, Ahli Dewan Rakyat ...

Rombakan kabinet bayangan (8 Februari 2024)

Maklumat lanjut Penyandang, Sebelum ...
Remove ads

Parti Tindakan Demokratik 2022-2025

Parti Tindakan Demkratik mengumumkan pembentukan barisan jurucakap rasmi parti dalam kalangan ahli parlimen pada 14 April 2022.[9]

Maklumat lanjut Portfolio, Nama ...
Remove ads

Parti Keadilan Rakyat 2020-2022

Parti Keadilan Rakyat telah memperkenalkan sistem Jurucakap Parlimen PKR bagi membayangi menteri-menteri Kerajaan Perikatan Nasional mengikut portfolio-portfolio yang ada. Pelantikan itu adalah bagi memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan ahli-ahli Parlimen PKR di samping menonjolkan kekuatan parti itu. Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan ia merupakan Kabinet Bayangan.[10][11]

Maklumat lanjut Portfolio, Nama ...
Remove ads

Barisan Nasional 2018

Barisan Nasional (BN) membentuk Kabinet Bayangan pada 26 September 2018[12] yang menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio[13] (JKP) bagi setiap kementerian dalam kerajaan. Setiap JKP terdiri daripada Pengerusi bersama oleh dua ahli Parlimen BN. Satu-satunya portfolio dari Kabinet Malaysia yang tidak mempunyai rakan sejawatan dalam Kabinet Bayangan ini adalah Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Maklumat lanjut Portfolio, Ketua ...
Remove ads

Parti Tindakan Demokratik 2015

Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyenaraikan jurucakap DAP bagi Parlimen Malaysia ke-13 pada 19 Mei 2015.[16]

Maklumat lanjut Portfolio, Menteri bayangan ...
Remove ads

Pakatan Rakyat 2009

Pada 2 Julai 2009, Pakatan Rakyat mengumumkan senarai anggota Parlimen yang akan membayangi kementerian secara persendirian. Ahli Parlimen DAP,Tony Pua menyatakan bahawa jawatankuasa parlimen ini bukan kabinet bayangan, memandangkan Parlimen Malaysia tidak mengiktiraf institusi kabinet bayangan.[17]

Maklumat lanjut Portfolio, Jurucakap ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads