Senarai lagu yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza
rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sepanjang kerjayanya, penyanyi Dato' Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa. Album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album telah dikeluarkan pada 1 April 1996 di bawah syarikat rakaman Suria Records (SRC) selepas kemenangan beliau di Bintang HMI di RTM pada 1 April 1995 pada usia 16 tahun.[1][2] Sebelum menandatangani kontrak bersama SRC, beliau telah menerima tawaran daripada tiga syarikat rakaman antarabangsa, termasuk Sony Music, BMG Music dan Warner Music.[1] Pelancaran single pertamanya, "Jerat Percintaan" memperlihatkan puncak kemasyhurannya. Pada 1997, beliau memenangi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4.[3] Pada tahun yang sama, pelancaran album kedua beliau Siti Nurhaliza II membantu mendorong kemasyhurannya di Indonesia. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja.[4]

Selepas mengeluarkan 10 album studio solo bersama SRC, pada tahun 2006, beliau melancarkan album studio solo kesebelas beliau melalui syarikat sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album pertamanya di bawah label sendiri, Transkripsi menerima pujian kritis oleh pengkritik muzik Malaysia dan telah diiktiraf sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007.[5] Beliau kemudiannya mengeluarkan tiga lagi album studio solo, Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008), Tahajjud Cinta (2009) dan satu album studio duet, CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka (2009) dengan penyanyi Indonesia, Krisdayanti. Pada tahun 2011, dengan kerjasama bersama What's Up Entertainment, beliau mengeluarkan album pertama dan hanya album beliau yang dirakamkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris setakat ini, All Your Love. Pada tahun yang sama, beliau menandatangani kontrak bersama Universal Music Group (Malaysia).[6] Pada 2014 dan 2016, Fragmen, album solo pertama dengan Universal Music Malaysia dan Unplugged melayakkan beliau meraih kemenangan bagi kali keenam dan ketujuh menerusi kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21.[7][8][a]
Walaupun beliau terkenal dengan muzik pop, Siti dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga penggemar muzik tradisional.[10] Beliau telah mengeluarkan empat album solo tradisional, Cindai (1997), Sahmura (2000), Sanggar Mustika (2002), Lentera Timur (2008) dan satu album duet tradisional dengan Noraniza Idris, Seri Balas (1999). Pelbagai lagu-lagu selain daripada merakamkan bahan sendiri, Siti juga telah merakamkan pelbagai lagu termasuk lagu-lagu tema untuk filem-filem Malaysia dan Indonesia dan siri televisyen seperti "Bagaikan Sakti", "Ketika Cinta", "Muara Hati", "Jaga Dia Untukku", dan "Seluruh Cinta".[11]
Beliau juga telah terlibat dengan rakaman pelbagai jingle kempen kedua-dua organisasi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk "1 Malaysia", "Cuti-Cuti Malaysia", "Membaca Gaya Wawasan", "Kau Ilhamku", "Cinta Tanpa Sempadan", dan lain-lain lagi.[12] Selain menyanyi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, beliau juga telah merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin dan Arab.[13][14]
Berikut ialah senarai lagu yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza mengikut urutan aksara. Terjemahan harfiah bagi lagu bukan dalam bahasa Melayu disediakan, jika ada.
Remove ads
Lagu
















‡ | Menunjukkan lirik atau / dan muzik ditulis sepenuhnya oleh Siti Nurhaliza |
# | Menunjukkan lagu yang merupakan hakcipta terpelihara |
* | Menunjukkan lagu dirakamkan oleh Siti Nurhaliza dalam bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia |
§ | Menunjukkan lagu-lagu yang kedua-duanya hak cipta terpelihara dan dirakamkan oleh Siti Nurhaliza dalam bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia |
Remove ads
Catatan penjelasan tambahan
- Album beliau yang lain telah dianugerahkan gelaran yang sama adalah Adiwarna, Seri Balas, E.M.A.S, Transkripsi dan Lentera Timur.[9]
- "Air Mata Syawal" dimuatkan lebih awal pada 2002 untuk Fiesta Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.[20]
- Sejenis kain putih lembut.[33]
- "Because You Loved Me" dimuatkan lebih awal pada 2005 untuk My Samsung My World, sebuah album kompilasi khas oleh Samsung Malaysia.[38]
- Onomatopoeia untuk bunyi yang dibuat oleh Gong.
- "Betapa Ku Cinta Padamu" merupakan versi Indonesia bagi lagu "Aku Cinta Padamu".
- "Bila Hari Raya Menjelma" dimuatkan lebih awal pada 2001 dalam Salam Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.[43]
- Sejenis aksesori kuku yang biasanya diperbuat daripada emas atau perak.[47]
- Sejenis tekstil.[48]
- "Harapan Tanpa Suara" ialah lagu tema promosi untuk menghentikan penderaan kanak-kanak oleh Utusan Malaysia. Artis yang terlibat ialah Adibah Noor, Aishah, Aizat Amdan, Alyah, Amy Mastura, Anuar Zain, Anita Sarawak, Erra Fazira, Lah Ahmad, Mawi, Maya Karin, Misha Omar, dan lain-lain.[64][65]
- "Kau Ilhamku" ialah single promosi oleh pelbagai artis dari Malaysia dan Indonesia. Artis yang terlibat ialah Afgan Syah Reza, Ariel Noah, Cita Citata, Elizabeth Tan, Jaclyn Victor, Joe Flizzow, Man Bai, Natasha Ines, SonaOne, dan Yuna.[69]
- Biji benih Pokok Saga bertompok.[74][75]
- "Membaca Gaya Wawasan" ialah lagu tema promosi untuk menggalakan amalan membaca oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Artis yang terlibat ialah Amy Mastura, Fazley, Dayang Nurfaizah, Afdlin Shauki, Maya Karin, Syafinaz Selamat, Jeslina Hashim dan lain-lain.[77]
- "Menyintaimu Selamanya" ialah versi Indonesia bagi lagu "Sendiri".
- "Million Miles" ialah versi bahasa Inggeris bagi lagu "Dua Dunia".
- "Nazam Lebaran" dimuatkan lebih awal dalam album Salam Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.[43]
- Nazam adalah sejenis puisi Arab purba yang biasa dinyanyikan sebagai persembahan.[83]
- Seloka adalah variasi puisi Melayu yang ringan dan didaktik dalam alam semula jadi.[94]
- "Seluruh Cinta" dimuatkan sebagai trek tambahan dalam album Fragmen versi Indonesia.
- Semarak Kedamaian merupakan lagu tema bagi kempen Aman Malaysia yang menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang mempertahankan keamanan. Artis yang terlibat ialah Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Erra Fazira, Yusry KRU, Fazley dan Ezlynn.[96]
- "Sesuci Lebaran" dimuatkan lebih awal dalam Seleksi Hari Raya, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records.[84]
- Satu set hadiah tradisional yang biasanya dipersembahkan kepada seseorang yang istimewa.[98]
- "Tetap di Sini" ialah single untuk mempromosikan Paloh, filem Malaysia 2003. Ia kemudiannya dimuatkan dalam Best of Original Soundtrack, album kompilasi khas oleh Suria Records.[100]
- Versi solo lagu "Tiga Malam" oleh Siti Nurhaliza dimuatkan dalam Meletup, sebuah album kompilasi khas oleh Suria Records pada 1998.[102]
- "We'll Be As One" merupakan versi bahasa Inggeris bagi lagu "Satu Cinta Dua Jiwa".
- "Xin Yuan" dimuatkan lebih awal pada 1999 untuk album sulung Candy Cheah, Wa Zi (襪子).[103] Lagu ini juga merupakan versi bahasa Mandarin bagi lagu "Kedamaian" yang dimuatkan dalam album Pancawarna pada tahun yang sama.[61]
- "Yue Liang Dai Biao Wo De Xin" telah dimuatkan lebih awal pada 2005 untuk My Samsung My World, sebuah album kompilasi khas oleh Samsung Malaysia.[38]
- "Zheng Fu" telah dimuatkan lebih awal pada 2005 untuk My Samsung My World, sebuah album kompilasi khas oleh Samsung Malaysia.[38]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads