From Wikipedia, the free encyclopedia
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (atau NOC) ialah penyusun kebangsaan dari gerakan Olimpik seluruh dunia. Bergantung kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, mereka bertanggungjawab ke atas pengaturan peserta atlet dalam Sukan Olimpik. Mereka dapat mencalonkan bandar di negara mereka sebagai calon untuk Olimpik selanjutnya. NOC juga mempromosikan pembangunan atlet dan latihan pelatih dan pegawai pada peringkat kebangsaan di dalam negara mereka.
Pada tahun 2008, terdapat 205 NOC, mewakili negara berdaulat dan daerah geografi lain. Kesemua 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, sepertimana 13 wilayah lain:
NOC ialah anggota dari Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC), yang juga dibahagikan menjadi lima persatuan benua:
Benua | Persatuan | NOC | NOC Tertua | NOC Terbaru | |
---|---|---|---|---|---|
Afrika |
Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika | 53 | Mesir (1910) | Eritrea (1999) | |
Amerika |
Pertubuhan Sukan Seluruh Amerika | 42 | Amerika Syarikat (1894) | Dominica (1993)Saint Kitts dan Nevis (1993)Saint Lucia (1993) | |
Asia |
Majlis Olimpik Asia | 44 | Jepun (1912) | Timor-Leste (2003) | |
Eropah |
Jawatankuasa Olimpik Eropah | 49 | Perancis (1894) | Montenegro (2007) | |
Oceania |
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Oceania | 17 | Australia (1895) | Tuvalu (2007) |
Lihat rencana untuk setiap persatuan benua untuk senarai lengkap semua NOC.
Berikut ialah senarai kronologi 205 NOC yang diiktirad Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, sejak ditubuhkan pada 1894. Kebanyakan jawatankuasa ini ditubuhkan bertahun-tahun sebelum diiktiraf secara rasmi, sementara banyak yang diterima terus setelah ditubuhkan. Bekas negara, kini tiada lagi (contohnya Kesatuan Soviet, Czechoslovakia, dll.), tidak disebutkan, kecuali negara-negara pemisahan mereka.
Jawatankuasa Sukan dan Olimpik Macau: Ditubuhkan pada 1987, dan telah berusaha masuk dalam IOC sejak ditubuhkan, tetapi masih belum diiktiraf secara rasmi dan tiada ada atlet yang mengambil bahagian dalam Olimpik di bawah nama "Macau, China". Kepulauan Faroe bersaing dalam Sukan Paralimpik, tetapi belum turut serta dalam Olimpik.
NOC lain yang belum diiktiraf oleh NOC termasuk Catalan[2], Gibraltar British[3], Polinesia Perancis[4], Niue[5], Kosovo[6], Somaliland[7], New Caledonia[8], Kurdistan Iraq[9][10], Cyprus Utara[11], Abkhazia[12], Kepulauan Faroe[13], Anguilla, Montserrat, dan Kepulauan Turk & Caicos[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.