rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Perfileman tanah air dibentuk secara rasmi pada tahun 1980 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Filem kebiasaannya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil, termasuk pameran teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office filem ialah metrik utama untuk penerbitan perdagangan dalam menilai kejayaan sesebuah filem, kebanyakannya kerana ketersediaan data berbanding angka jualan daripada cakera padat dan hak penyiaran televisyen. Di dalam senarai ini ialah carta penerima filem yang mempunyai kutipan tertinggi mengikut tahun kalendar dan garis masa yang menunjukkan peralihan rekod filem dengan kutipan tertinggi serta siri filem dengan kutipan tertinggi. Semua carta disenaraikan mengikut prestasi box-office panggung wayang di seluruh Malaysia. Kutipan yang ditulis adalah tidak termasuk daripada penjualan cakera padat, penyiaran televisyen iaitu melalui Astro First dan tayangan secara OTT seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime.
Secara tradisinya, filem perang, komedi, aksi, animasi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem francais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21. Francais bagi siri filem Polis EVO telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem Malaysia setakat ini, dimana filem Polis EVO 3 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan kedua tertinggi serta filem Polis EVO 2 juga turut memegang filem Malaysia yang ke-12 yang mempunyai kutipan tertinggi serta Polis EVO yang menjadi bualan hangat dan membangkitkan serta menaikkan martabat filem tempatan yang merundum kerana kualiti yang teruk sejak permulaan abad ke-21. Ketiga-tiga buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 90.19 juta. Turut diikuti oleh francais siri filem daripada Animonsta Studios dengan 3 filem animasi mereka arahan Nizam Razak (Mechamato Movie - terbitan bersama Astro Shaw, BoBoiBoy Movie 2 dan BoBoiBoy: The Movie) dengan jumlah kutipan kumulatif keseluruhan siri RM81.68 juta, siri filem Munafik arahan Syamsul Yusof dengan kutipan kedua-dua filem tersebut RM67.04 juta, Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof (adik Syamsul) mendapat kutipan sebanyak RM58.61 juta sekaligus menjadikan keluarga Dato' Yusof Haslam (Dato' Yusof sendiri, Syamsul dan Syafiq) menjadi 3 pengarah termahal di Malaysia menurut Harian Metro.[1]
Setakat ini, Syamsul Yusof adalah pengarah yang mendominasi industri filem tempatan daripada aspek kutipan filem tertinggi. Pada tahun 2022, Syamsul telah mempunyai 11 filem arahannya di mana filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) yang menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM 4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM 5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM 8.5 juta), KL Gangster (2011, RM 11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM 2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM 4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM 4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM 48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022, RM 97 juta) telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia paling laris mengatasi semua filem-filem antarabangsa.
Sebelum tubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1980, sutradara yang mendominasi tanah air dan digelar sebagai epik filem tempatan adalah Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973). Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengeluarkan lebih daripada 50 filem hasil dan arahannya yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an, dimana filem-filem beliau semuanya menerima kutipan yang tertinggi pada ketika itu. Namun demikian, disebabkan tiada rekod bilangan penjualan tiket dan kutipan yang tepat, dengan ini secara rasminya tidak dapat menyatakan bahawa jumlah hasil kutipan filem keluarannya secara kasar.[2]
Pada carta ini, filem disenaraikan mengikut hasil daripada pameran teater pada nilai nominalnya, bersama-sama dengan kedudukan tertinggi yang mereka capai. 10 filem secara keseluruhannya telah memperoleh kutipan melebihi RM 30 juta dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berada di kedudukan teratas. Semua filem telah ditayangkan di pawagam pada abad ke-20 dan abad ke-21.
Sekurang-kurangnya sepuluh filem telah memegang rekod 'filem dengan kutipan tertinggi' sejak filem Adik Manja menduduki tempat teratas pada tahun 1980. Filem Adik Manja memegang rekod filem dengan kutipan tertinggi yang paling lama iaitu selama 14 tahun, dan diikuti oleh filem Sembilu II dan Lagi-Lagi Senario, dimana kedua-dua filem tersebut adalah filem kedua dan ketiga yang memegang rekod dengan kutipan tertinggi iaitu selama 6 tahun (selepas Adik Manja). Kini, rekod ini dipegang oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan Syamsul Yusof, iaitu sebanyak RM 97 juta.
Tahun | Filem | Tetapan rekod kasar (RM) |
---|---|---|
1980 | Adik Manja | RM 3,500,000 |
1994 | Sembilu | RM 4,390,000 |
1995 | Sembilu II | RM 6,100,000 |
2001 | Lagi-Lagi Senario | RM 6,330,000 |
2007 | Jangan Pandang Belakang | RM 7,400,000 |
2010 | Ngangkung | RM 8,150,000 |
2011 | KL Gangster | RM 11,740,000 |
2014 | The Journey | RM 17,280,000 |
2015 | Polis EVO | RM 17,470,000 |
2017 | Abang Long Fadil 2 | RM 18,140,000 |
2018 | Munafik 2 | RM 48,000,000 |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | RM 97,420,000 |
Berikut merupakan kutipan filem tertinggi mengikut tahun.
Tahun | Tajuk | Syarikat Penerbitan | Kutipan (RM) | Fakta |
---|---|---|---|---|
1980 | Adik Manja | Merdeka Film Productions | RM 3,500,000 | Filem pertama dengan kutipan tertinggi dan bertahan selama hampir 15 tahun |
1981 | Bukit Kepong | Jins Shamsuddin Productions | RM 1,700,000 | |
1991 | Bayangan Maut | Skop Productions | RM 1,100,000 | |
1992 | XX Ray | Nizarman (M) Sdn. Bhd. | RM 1,200,000 | |
1993 | Pemburu Bayang | Skop Productions | RM 1,800,000 | |
Perempuan, Isteri & .....? | Berjaya Film Production | |||
1994 | Sembilu | Skop Productions | RM 4,390,000 | |
1995 | Sembilu II | RM 6,100,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih RM5 juta | |
1996 | Maria Mariana | Skop Productions & Grand Brilliance | RM 4,720,000 | |
1997 | Puteri Impian | Grand Brilliance | RM 2,220,000 | |
1998 | Maria Mariana 2 | Skop Productions & Grand Brilliance | RM 3,200,000 | |
1999 | Senario The Movie | Grand Brilliance & Paradigm Film | RM 4,580,000 | |
2000 | Senario Lagi | RM 4,370,000 | ||
2001 | Lagi-Lagi Senario | RM 6,330,000 | ||
2002 | Anak Mami The Movie | Grand Brilliance | RM 2,980,000 | |
2003 | Cinta Kolestrol | Metrowealth Pictures | RM 3,300,000 | |
2004 | Hingga Hujung Nyawa | RM 4,000,000 | ||
2005 | Gangster | Tayangan Unggul | RM 2,880,000 | |
2006 | Cicak-Man | KRU Studios | RM 6,070,000 | |
2007 | Jangan Pandang Belakang | Metrowealth Pictures | RM 7,400,000 | |
2008 | Duyung | KRU Studios, Grand Brilliance & Lineclear Motion | RM 4,670,000 | |
2009 | Geng: Pengembaraan Bermula | Les' Copacue Productions | RM 6,200,000 | Filem animasi 3D Malaysia pertama berada dalam senarai filem kutipan tetinggi |
2010 | Ngangkung | Metrowealth Pictures | RM 8,180,000 | |
2011 | KL Gangster | Skop Productions | RM 11,740,000 | Filem pertama Malaysia mendapat kutipan lebih RM10 juta |
2012 | Ah Beng The Movie: Three Wishes | Film Engine | RM 7,550,000 | |
2013 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Tayangan Unggul | RM 5,890,000 | |
2014 | The Journey | Astro Shaw | RM 17,280,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta serta filem cina dengan kutipan tertinggi |
2015 | Polis EVO | Astro Shaw & Tayangan Unggul | RM 17,470,000 | |
2016 | Munafik | Skop Productions | RM 19,040,000 | |
2017 | Abang Long Fadil 2 | Skop Productions & Astro Shaw | RM 18,150,000 | |
2018 | Munafik 2 | Skop Productions & President Productions | RM 48,000,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih daripada RM40 juta serta filem terpantas mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari |
2019 | Ejen Ali: The Movie | WAU Animation | RM 30,050,000 | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Nizra Entertaiment, Astro Shaw & Skop Productions | RM 4,000,000 | |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Studio Kembara | RM 97,420,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih RM50 juta, RM60 juta, RM70 juta, RM80 juta, RM90 juta dan menghampiri RM100 juta |
2023 | Polis EVO 3 | Astro Shaw, Skop Productions, Blackflag & TGV Cinemas | RM 54,000,000 | Filem terpantas mendapat kutipan tertinggi selepas 1 minggu |
2024 | Sheriff: Narko Integriti | Astro Shaw, Skop Productions | RM 64,000,000 |
Berikut merupakan kutipan filem berdasarkan siri filem. Siri filem bermaksud koleksi filem yang berkaitan antara satu sama lain (sama ada sekuel, prekuel atau spin-off).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.