2013 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2013. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2013 (nombor) .
Fakta Segera Milenium:, Abad: ...
Tutup
Januari
Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat
Boeing 787 Dreamliner
Ratu Beatrix dari Belanda
Februari
Meteor Chelyabinsk
Mac
Hugo Chávez
Jorge Mario Bergoglio
François Bozizé
1 Mac - Pertempuran berlaku di antara pasukan Komando 69 PDRM dan "Askar Diraja Kesultanan Sulu" sehingga menyebabkan seramai 12 pengikut Azzimudie Kiram terbunuh manakala 2 komando Malaysia terkorban.
2 Mac - Bunohan menjadi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25 .
4 Mac - 14 orang terbunuh selepas "askar Kesultanan Sulu " dan Polis Diraja Malaysia berbalas tembak di Lahad Datu , Sabah.
6 Mac - Lebih 60 orang terbunuh dalam krisis pencerobohan di Lahad Datu dan serangan di Semporna , Sabah.
6 Mac - Satu haplokumpulan kromosom-Y yang baru ditemui difikirkan mengundurkan zaman Adam Kromosom Y ke 338,000 tahun dahulu.
8 Mac - Bapa Saiful Bukhari , Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat Anwar Ibrahim II .
9 Mac - Uhuru Kenyatta terpilih sebagai Presiden Kenya .
11 Mac - Sistem kerdil perang dedua WISE 1049-5319 dicerap 6.5 tahun cahaya dari Bumi, menjadikannya sistem bintang terdekat ditemui sejak 1916.
13 Mac - Jorge Mario Bergoglio dari Argentina (gambar) terpilih sebagai Paus Francis , menjadi paus Amerika Latin pertama Gereja Roman Katolik .
15 Mac - Kongres Rakyat Kebangsaan China menamakan Xi Jinping sebagai Presiden dan Li Keqiang (gambar) sebagai Perdana Menteri baharu.
17 Mac - Formula Satu musim 2013 bermula dengan Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Australia .
20 Mac - Presiden Bangladesh Zillur Rahman meninggal dunia di Singapura, berumur 84 tahun.
24 Mac - Pemberontak menawan Bangui , ibu negara Republik Afrika Tengah, memaksa Presiden François Bozizé (gambar) melarikan diri.
29 Mac - Soyuz TMA-08M (gambar lambang) membawa tiga angkasawan ke ISS melalui jalan baharu, mengurangkan tempoh perjalanan dari dua hari kepada enam jam.
April
Margaret Thatcher
Nicolás Maduro
Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel
4 April - Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane , India.
8 April - Bekas Perdana Menteri British Margaret Thatcher (gambar) meninggal dunia pada umur 87 tahun.
9 April - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam tembakan rawak di kampung Velika Ivanča , Serbia .
14 April - Dalam pilihan raya selepas kematian Hugo Chávez , Nicolás Maduro (gambar) terpilih sebagai Presiden Venezuela .
16 April - Dua letupan berhampiran garisan penamat Maraton Boston membunuh sekurang-kurangnya 3 orang dan mencederakan lebih 140 yang lain.
16 April - Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan , yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
18 April - Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf ditahan berkaitan pemecatan hakim pada 2007.
20 April - Penamaan calon PRU-13 menyaksikan pertandingan di semua kerusi DUN dan Parlimen, serta banyak pertandingan tiga penjuru.
20 April - Giorgio Napolitano menjadi Presiden Itali pertama yang terpilih semula.
20 April - Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda berhampiran Ya'an , wilayah Sichuan , China, membunuh lebih 190 orang dan mencederakan ribuan lagi.
23 April - Horacio Cartes terpilih sebagai Presiden Paraguay , manakala partinya mendapat kemajmukan dalam Kongres .
23 April - Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris .
24 April - Lebih 500 orang maut dan 2,500 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh dekat Dhaka , Bangladesh.
29 April - Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin.
30 April - Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander menjadi Raja Belanda .
Mei
Puting beliung Moore 2013
Jun
Logo PRISM
Penerbangan sulung A350
Jerebu di Singapura
Julai
Mohammed Mursi
Philippe dari Belgium
Kegelinciran Santiago de Compostela
1 Julai - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
1 Julai - Croatia menjadi anggota ke-28 Kesatuan Eropah .
2 Julai - Gempa bumi melanda Aceh Tengah , Indonesia , dan mengorbankan hanya 42 orang.
2 Julai - LionsXII menjadi juara Liga Super Malaysia 2013 .
3 Julai - Raja Albert II dari Belgium mengisytiharkan bakal turun takhta.
3 Julai - Presiden Mesir Mohammed Mursi (gambar) digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera di tengah-tengah bantahan meluas.
3 Julai - Ladang angin luar pantai terbesar di dunia, London Array , dirasmikan.
6 Julai - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H .
6 Julai - Sebuah kereta minyak meletup di Lac-Mégantic, Quebec , mengorbankan seorang, dan menghancurkan 30 binaan di pusat bandar.
6 Julai - Hanya 42 orang terkorban dalam serangan subur di sebuah sekolah di wilayah Yobe , Nigeria .
7 Julai - Sepuluh bom meletup di kompleks Vihara Mahabodhi , India , dan mencederakan lima orang.
8 Julai - Banjir bandang di China mengorbankan hanay 46 orang dan memaksa lebih daripada 220,000 orang berpindah.
8 Julai - Lebih daripada 50 penyokong Mohammed Morsi terkorban dalam rusuhan menentang tentera di Kaherah , Mesir .
11 Julai - Kerajaan Perdana Menteri Luxembourg Jean-Claude Juncker jatuh berikutan satu skandal perkhidmatan rahsia.
16 Julai - Sedikitnya 23 orang terkorban di sebuah sekolah di Bihar , India , setelah memakan makanan yang mengandungi senyawa organofosfor .
18 Julai - Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus , genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
18 Julai - Kerajaan Detroit , dengan hutang $ 20 juta, mengalami kebankrapan bandar terbesar sepanjang sejarah Amerika Syarikat .
21 Julai - Selepas ayahandanya Albert II mangkat , Philippe (gambar) menjadi Raja Belgium .
21 Julai - Pelumba basikal England Christopher Froome diisytiharkan sebagai juara Tour de France 2013
21-22 Julai - Satu siri gempa bumi di Dingxi , Gansu , China, mengorbankan lebih 95 orang dan mencederakan lebih 1,000 lagi.
22 Julai - Catherine, Duchess Cambridge melahirkan seorang anak lelaki, George Alexander Louis , sebagai generasi ke-3 pewaris takhta Elizabeth II .
24 Julai - Kemalangan kereta api (gambar) di Santiago de Compostela , Sepanyol, mengorbankan 78 orang .
24 Julai - Barisan Nasional berjaya mempertahankan DUN Kuala Besut dalam pilihan raya kecil pertama selepas PRU-13.
26 Julai - Pemimpin pembangkang Tunisia, Muhammad Brahmi terbunuh di Tunis .
28 Julai - Parti Rakyat Kemboja memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan Kemboja.
Ogos
1 Ogos - Mamnoon Hussain terpilih sebagai Presiden Pakistan yang baharu.
1 Ogos - Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa , ditemui di Madagascar .
3 Ogos - Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara - Amerika Syarikat , Edward Snowden diberi perlindungan sementara di Rusia .
3 Ogos - Robert Mugabe terpilih semula sebagai Presiden Zimbabwe .
5 Ogos - Enele Sopoaga terpilih sebagai Perdana Menteri Tuvalu .
5 Ogos - Pengasas dan CEO Amazon.com Jeff Bezos mengumumkan pembelian The Washington Post dengan harga AS$250 juta.
6 Ogos - Lebih daripada 160 orang terbunuh semasa banjir melanda Afghanistan dan Pakistan .
11 Ogos - 2 wakil daripada China , 2 wakil daripada Indonesia , dan 1 wakil daripada Thailand , berjaya memenangi Kejohanan Dunia BWF 2013 di cabang masing-masing.
12 Ogos - INS Vikrant , kapal induk pertama buatan India , dilancarkan di Galangan kapal Kochi .
14 Ogos - Mesir menyatakan keadaan darurat setelah pasukan keselamatan membunuh ratusan demonstran penyokong bekas presiden Mohammed Mursi .
14 Ogos - Kapal selam India INS Sindhurakshak terapung di Mumbai setelah meletup dan tenggelam.
14 Ogos - Institusi Smithsonian mengumumkan penemuan olinguito (gambar) , spesies karnivor baru pertama di Amerika sejak 35 tahun .
15 Ogos - NASA menyatakan teleskop angkasa Kepler tidak dapat dibaiki, mengakhiri misi utamanya.
16 Ogos - Sekurang-kurangnya 120 orang terkorban hilang atau meninggal setelah perlanggaran antara MV St. Thomas Aquinas dan sebuah kapal kargo di dekat Cebu , Filipina .
19 Ogos - Banjir di barat laut China dan timur Rusia mengorbankan sekitar 85 nyawa .
21 Ogos - Tentera Amerika Syarikat Chelsea Manning (dahulunya Bradley Manning, gambar ) dipenjara selama 35 tahun akibat mendedahkan maklumat rahsia kepada WikiLeaks .
21 Ogos - Ratusan orang dilaporkan tebunuh pada serangan kimia di Ghouta , Syria .
23 Ogos - Sarjan Amerika Syarikat Robert Bales dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat atas pembunuhan enam belas warga sipil Afghanistan pada Pembantaian Kandahar .
23 Ogos - Kerusuhan di kompleks penjara Palmasola di Santa Cruz , Bolivia, menewaskan lebih dari 30 orang.
23 Ogos - Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya .
30 Ogos - Penyair Irland dan pemenang Penghargaan Nobel bidang Sastra , Seamus Heaney meninggal di usia 74.
30 Ogos - Ngarai baru ditemukan di bawah lapisan ais di Greenland sebagai ngarai terbesar di dunia.
September
Roket Minotaur V
Matahari Terbenam di Montmajour
Bangkai Costa Concordia
Asap dari pusat beli-belah Westgate
1 September - Pembelian Gareth Bale daripada Tottenham Hotspur ke Real Madrid seharga £85,3 juta memecah rekod pembelian pemain bola sepak sebelumnya, yaitu Cristiano Ronaldo seharga £80 juta.
2 September - Diana Nyad , di usia 64, menjadi orang pertama yang berenang dari Kuba ke Florida , Amerika Syarikat tanpa sangkar anti yu.
3 September - Perpustakaan Birmingham , perpustakaan umum terbesar di England , dirasmikan oleh Malala Yousafzai .
5 September - Massif Tamu , gunung berapi terbesar di Bumi dan satu yang terbesar di Sistem Suria , ditemukan di Lautan Pasifik .
5 September - Maklumat yang bocor mengungkapkan adanya Bullrun , program enkripsi yang dijalankan oleh Agensi Keselamatan Negara - Amerika Syarikat
6 September - Mesyuarat G-20 tahun ini diadakan di Saint Petersburg , Rusia .
7 September - Tokyo terpilih sebagai kota tuan rumah penyelenggara Sukan Olimpik Musim Panas 2020 .
7 September - Tony Abbott terpilih sebagai Perdana Menteri Australia .
7 September - NASA melancarkan Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer di roket Minotaur V pertama.
8 September - Lebih 43 orang terbunuh pada perkelahian antara Hindu– Muslim di Muzaffarnagar , India.
9 September - Lukisan Zonsondergang bij Montmajour dinyatakan sebagai karya Vincent van Gogh yang baru ditemukan kembali.
10 September - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Thomas Bach sebagai ketua menggantikan Jacques Rogge
12 September - NASA mengesahkan Voyager 1 menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke ruang antara bintang pada Ogos 2012 .
13 September - Empat defendan dewasa dalam kes rogol Delhi 2012 dijatuhkan hukuman gantung sampai mati .
14 September - Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun menjuarai Pestabola Merdeka 2013 .
16 September - Seorang lelaki menembak mati 12 orang di pangkalan Tentera Laut A.S. di Washington, D.C.
16 September - Taufan Ingrid dan Taufan Manuel mengorbankan lebih 50 orang di Mexico.
16 September - Bekas Ketua Umum Parti Komunis Malaya , Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun di Bangkok , Thailand.
17 September - Operasi penyelamatan marin termahal di dunia menegakkan bangkai kapal Costa Concordia (gambar) .
20 September - Syria menyerahkan data berkenaan senjata kimianya kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia .
20 September - Permainan video Grand Theft Auto V mencapai jualan AS$1 bilion dalam masa tiga hari, lebih pantas daripada mana-mana produk hiburan lain.
21 September - Sekumpulan lelaki bertopeng menyerang sebuah pusat beli-belah (gambar) di Nairobi , Kenya, membunuh lebih 60 orang .
22 September - Dalam plihan raya persekutuan Jerman, parti CDU pimpinan Angela Merkel memenangi kemajmukan kerusi Bundestag .
24 September - Sebuah gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda selatan Pakistan, menyebabkan lebih 500 kematian .
26 September - Bekas Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada usia 68 tahun di Alor Setar .
28 September - Seramai 4 orang meninggal dunia dan ratusan lain mengalami keracunan makanan akibat jangkitan Salmonella di Sungai Petani , Kedah .
29 September - Maghribi menjuarai bolasepak di Sukan Perpaduan Islam 2013 .
Oktober
Ibu pejabat Pertubuhan Larangan Senjata Kimia
Bendera Gambia
Terowong Marmaray
1 Oktober - Kerajaan persekutuan A.S. menutup perkhidmatan tidak-kritikal setelah tidak dapat meluluskan belanjawan.
1 Oktober - Sukan Perpaduan Islam ke-3 tamat dengan tuan rumah Indonesia muncul juara.
3 Oktober - Gambia (gambar bendera) menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel .
3 Oktober - Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 diluluskan Dewan Rakyat Malaysia , membolehkan seseorang yang ditangkap ditahan tanpa bicara sehingga dua tahun.
7 Oktober - Mulatu Teshome terpilih sebagai Presiden Habsyah yang baharu.
11 Oktober - Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (gambar ibu pejabat) dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel .
14 Oktober - Mahkamah Rayuan meluluskan rayuan Kementerian Dalam Negeri , melarang The Herald menggunakan perkataan Allah.
16 Oktober - Penerbangan 301 Lao Airlines terhempas sebelum mendarat di Lapangan Terbang Pakse , Laos, mengorbankan kesemua 49 orang di dalamnya.
18 Oktober - Arab Saudi , Chad , Chile , Lithuania dan Nigeria terpilih ke Majlis Keselamatan PBB , namun Arab Saudi menolaknya.
28 Oktober - Lima orang maut dalam satu serangan kereta di Dataran Tiananmen , Beijing.
28 Oktober - Giorgi Margvelashvili terpilih sebagai Presiden Georgia yang baharu.
29 Oktober - Terowong kereta api Marmaray (gambar) di bawah Bosporus dibuka, menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki .
November
Taufan Haiyan
Penerbangan 363 Tatarstan Airlines pada 2009
Kuil Maya Dewi, Lumbini
Disember
Nelson Mandela