Perikatan Nasional
Gabungan parti politik nasional di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Perikatan Nasional (singkatan: PN), juga dikenali sebagai PERIKATAN[13][14] ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 4 buah parti komponen. Parti ini didaftarkan pada tarikh 7 Ogos 2020 dan disahkan pada September 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kerajaan baru Malaysia pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin (juga dikenali sebagai Kabinet Pertama Mahiaddin Yassin) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).[15]
PN menang 73 kerusi pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat. PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan kerajaan pemerintah di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang di negeri-negeri yang lain kecuali di Sarawak kerana tiada sebarang wakil.
Remove ads
Maklumat lanjut
Perikatan Nasional merupakan Kerajaan Pemerintah Malaysia dari bulan Mac 2020 sehingga bulan Ogos 2021 selepas peletakkan jawatan jemaah-jemaah menteri di dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional rentetan daripada peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas perbincangan antara parti komponen Perikatan Nasional diadakan, kelangsungan pentadbiran Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah Malaysia diteruskan dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri (dari UMNO) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 setelah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kerana kerusi Parlimen PN lebih besar berbanding kerusi Perlimen BN dan UMNO. Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Kepemimpinan UMNO tidak mengiktiraf kerajaan Ismail Sabri sebagai "Kerajaan Perikatan Nasional" melainkan "Kerajaan Malaysia".[16]
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima yang sah pada 11 Februari 2021 setelah menghantar surat permohonan untuk menyertai Parti Perikatan Nasional yang dibuat pada tahun 2020 lalu.[17] Parti GERAKAN juga secara rasmi menjadi parti komponen ketiga dari Semenanjung Malaysia di dalam gabungan Perikatan Nasional selepas Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Remove ads
Sejarah penubuhan
Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Ia didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)[18]. Ia terdiri daripada tiga buah parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).[19]
Pada peringkat awal, Kongres India Malaysia (MIC) juga terlibat dalam pembentukan parti ini[20]. Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai menuruti keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang disertai MIC.[21]
UMNO tidak menyertai Parti Perikatan Nasional kerana telah menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional bersama Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah juga hanya berminat untuk menjadi parti yang menyokong pembentukan sebuah kerajaan campuran di peringkat Persekutuan Malaysia. Persetujuan oleh Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah yang bersama-sama menyokong Parti Perikatan Nasional telah membentuk kerajaan campuran pertama di peringkat Persekutuan Malaysia.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima terbaharu dalam Parti Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional. Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan surat pernyataan penerimaan parti tersebut di Perdana Putra kepada Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai pada 11 Februari 2021, sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina.[22]
Perikatan Nasional terus menjadi parti utama dalam pembentukan kerajaan baharu Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional. Beliau merupakan pemimpin pertama yang bukan dari kalangan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika menjawat jawatan sebagai Naib Presiden UMNO.
Nama beliau telah dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan tempat beliau yang telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ismail Sabri juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari tahun 2020 hingga tahun 2021.[23]
Remove ads
Struktur kepimpinan
Majlis Tertinggi
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN)
Berikut merupakan senarai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional[24]:
Sejarah Pengerusi BPN
Remove ads
Parti komponen
Bekas parti komponen
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), (2020–2022)[25]
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (BERSATU Sabah), (2020–2022) (meletak jawatan di bawah Hajiji Noor) (menyertai semula PN di bawah Ronald Kiandee pada 11 Disember 2022).
- Parti Maju Sabah (SAPP), (2020–2024)[26]
Remove ads
Kerjasama politik

Pada tahun 2020 sehingga tahun 2022, Parti Perikatan Nasional menjadi salah satu parti yang membentuk dan mengetuai sebuah kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan Malaysia bersama-sama Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas. Ia juga mendokong Muafakat Nasional yang disertai oleh kedua-dua parti utamanya, PAS dan BERSATU.
Kerajaan campuran negeri juga terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu, diketuai oleh Parti Perikatan Nasional, manakala kerajaan campuran di Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang pula diketuai oleh Barisan Nasional.
Remove ads
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri
Remove ads
Keputusan Pilihan Raya Umum
Remove ads
Keputusan Pilihan Raya Negeri
Remove ads
Kerajaan negeri Perikatan Nasional
Menteri Besar
Timbalan Menteri Besar
Speaker dan Timbalan Speaker
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads




